YTL AI Labs , UM Giat Majukan Ekosistem AI

KUALA LUMPUR: Usaha memastikan negara tidak ketinggalan dalam kemajuan semasa, terutama di dalam perkembangan dan penerimaan kecerdasan buatan (AI) kini disokong hasil kerjasama YTL AI Labs dan Universiti Malaya (UM).

Pengarah Urusan YTL Power International, Datuk Seri Yeoh Seok Hong berkata pihaknya giat bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi berkenaan dengan menjadikan Massive Multi-task Language Understanding (MalayMMLU) sebagai salah satu pencapaian penting.

“Pusat data AI pertama kami sedang dibina, dan universiti kami memberi tumpuan kepada membina bakat AI,” katanya.

MalayMMLU, yang juga merupakan penanda aras menyeluruh untuk menilai model bahasa besar (LLM) dalam Bahasa Melayu telah diterima di persidangan Empirical Methods in Natural Language Processing 2024 (EMNLP 2024) yang berlangsung pada baru-baru ini.

MMLU, yang direka merentasi pelbagai penggunaan bahasa juga dibangunkan untuk memastikan penilaian yang adil dan menyeluruh, memacu kecemerlangan dalam pembangunan LLM.

Ia merangkumi lebih daripada 24,000 soalan yang meliputi keseluruhan kurikulum K-12 merentasi 22 subjek daripada sistem pendidikan Malaysia.

Sementara itu, tambah Yeoh, penanda aras ini penting dalam meningkatkan pemahaman LLM terhadap Bahasa Melayu, mempromosikan kemajuan dalam pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam, serta membolehkan pembangunan penyelesaian AI yang relevan dengan budaya Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam perkembangan berkaitan, YTL AI Labs dan UM akan melancarkan dataset MalayMMLU bersama kod penilaiannya kepada umum, menggalakkan komuniti AI yang lebih luas untuk menyumbang kepada pertumbuhan teknologi AI yang lebih inklusif dan berkesan.

“YTL AI Labs berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” kata Yeoh.

Sementara itu, tambah Yeoh, penanda aras ini penting dalam meningkatkan pemahaman LLM terhadap Bahasa Melayu, mempromosikan kemajuan dalam pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam, serta membolehkan pembangunan penyelesaian AI yang relevan dengan budaya Malaysia dan Asia Tenggara.

 

Dalam perkembangan berkaitan, YTL AI Labs dan UM akan melancarkan dataset MalayMMLU bersama kod penilaiannya kepada umum, menggalakkan komuniti AI yang lebih luas untuk menyumbang kepada pertumbuhan teknologi AI yang lebih inklusif dan berkesan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UM, Profesor Ir. Dr Chan Chee Seng dan CEO YTL AI Labs Foong Chee Mun yang bersama-sama mengetuai pembangunan MalayMMLU berkata Penerimaan MalayMMLU di persidangan EMNLP 2024 menandakan pencapaian penting dalam pembangunan LLM yang disesuaikan dengan konteks Malaysia.

“ Kini kita mempunyai penanda aras untuk bahasa Melayu yang sebelum ini tidak wujud. Kami percaya bahawa kita akan mula menyaksikan percambahan aplikasi yang dibangunkan berdasarkan penanda aras ini.

“  Ia adalah satu keistimewaan besar bagi Universiti Malaya untuk bekerjasama dengan YTL AI Labs menjadi yang pertama di dunia menetapkan penanda aras universal untuk bahasa kebangsaan kita.” Katanya.

BBerkaitan

Latest articles