YDPA Zahir Penghargaan Sokongan Ahli Parlimen Terhadap Kelulusan Belanjawan 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi kelulusan Belanjawan 2021, hari ini.

Titah baginda, sokongan itu sekaligus menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan penghargaan kepada ahli Dewan Rakyat yang mendukung titah nasihat baginda pada 28 Oktober lalu untuk memberi sokongan demi kesejahteraan, keselamatan serta kemaslahatan negara.

“Sesungguhnya, selain daripada pemulihan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat, Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak COVID-19.

“Selaku Ketua Negara, Al-Sultan Abdullah amat menghormati setiap parti politik yang berdaftar di negara ini. Seri Paduka juga menghargai peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam membela kebajikan rakyat,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Al-Sultan Abdullah juga amat menghargai komitmen dan semangat muafakat serta kerjasama setiap pihak dalam usaha mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan bersama.

“Marilah kita sama merenung firman Allah SSWT dalam Sural AnNisa, ayat 85 yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi syafaat (bantuan dan pertolongan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya. Dan sesiapa yang memberi syafaat (bantuan dan pertolongan) yang buruk nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan ingatlah Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah juga turut menzahirkan keyakinan penuh terhadap kemampuan kerajaan untuk menerajui pentadbiran negara pada saat negara diuji dengan pelbagai krisis.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini