YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun dalam tempoh seminggu akan datang.

Ini memandangkan Baginda sedang menjalani pemerhatian kesihatan dari sebuah hospital.

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah dinasihatkan oleh doktor-doktornya untuk menetap (di hospital) selama tujuh hari untuk pemerhatian.

“Sehingga itu, baginda tidak akan menerima menghadap daripada sesiapa,” katanya.

Perkembangan ini berkemungkinan menyukarkan usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan dirinya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang didakwanya Rabu lalu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang berikutan peralihan sokongan ramai wakil rakyat.

Pada Selasa malam, Anwar dilaporkan menuju ke Istana Negara untuk mempersembahkan sokongan terhadapnya, bagaimanapun terpaksa ditangguhkan apabila dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong sedang mendapat rawatan kesihatan.

Muhyiddin dalam reaksinya menolak dakwaan yang Anwar mempunyai majoriti dan mencabarnya untuk membuktikan sokongannya melalui proses perlembagaan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...