YDPA Ingatkan Rakyat Sentiasa Berdisiplin, Amal SOP

Rakyat Malaysia diingatkan tidak lalai mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut bertitah agar rakyat mengamalkan disiplin yang tinggi dengan amalan kebiasaan yang baru.

Titah tersebut menyusul melalui satu hantaran di Facebook Istana Negara, selepas kerajaan membenarkan pelbagai sektor sosial dan prasekolah, tabika dan tadika kerajaan serta swasta yang kembali dibuka mulai hari ini.

Al-Sultan Abdullah pada hari ini turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Melawati, Putrajaya.

Mesyuarat berkenaan berlangsung selama satu jam bermula jam 8 pagi tadi.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini