Yasin Sulaiman Didakwa, Minta Sampaikan Salam Kepada Syed Saddiq

Kuala Lumpur — Penyanyi nasyid Yasin Sulaiman yang disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini tiba di Kompleks mahkamah untuk didakwa.

Yasin yang memakai t-shirt berkolar hitam tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi diiringi anggota polis.

Difahamkan dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen.

Yasin yang juga Penyanyi nasyid dan komposer, sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya itu.

Ucapan itu dituturkan Yasin secara santai dan tenang sebelum masuk ke dalam bilik mahkamah di kompleks berkenaan.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada petugas media.

Pada 21 Mac lalu, media melaporkan suspek berusia 47 tahun itu ditahan polis bersama 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbuan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Selain itu, polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap artis itu didapati positif dadah jenis THC (ganja).

“Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

“Turut dirampas satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED serta satu alat menyiram tanaman,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri selain telah terlibat dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu

BBerkaitan

Latest articles