Yasin Bebas Tiga Pertuduhan Dadah, Perlu Ditempatkan Di Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini membebas dan melepaskan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dari tiga tuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Keputusan dibuat oleh Hakim Faiz Dziyauddin.

Yasin, atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, bagaimanapun diarahkan untuk ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Dalam prosiding sebelum ini, saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony mencadangkan agar Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

Pada 6 Julai tahun lalu, Yasin terselamat apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952

BBerkaitan

Latest articles