Yang Sini Kata Tidak, Yang Sana Nafi, Jadi Siapa Dominan Dalam PN?

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman antara PAS dan Bersatu di dalam Perikatan Nasional (PN) bukan lagi rahsia.

Sehubungan itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek mempersoalkan siapakah yang dominan di dalam PN selepas kedua-duanya saling tolak-menolak tidak mengakui.

Malah, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man yang menafikan Bersatu parti yang dominan dalam PN adalah canggung.

Jelas beliau, gabungan parti yang ditunjangi oleh dua parti yang dominan akan menghasilkan kerajaan yang tidak stabil sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

“Tuan Ibrahim juga kata Bersatu tidak dominan.

“Maka, siapakah yang dominan dalam PN?

“Kalau kata sama-sama dominan, saya rasa ini merupakan resepi kepada kerajaan yang tidak stabil kalau PN bentuk kerajaan.

“Penafian demi penafian telah dibuat oleh pemimpin PN tentang pergolakan berlaku dalam gabungan itu dan ia sebenarnya menunjukkan memang ada perbalahan di antara mereka,” katanya dalam sidang media harian di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Shabery berkata demikian mengulas kenyataan Tuan Ibrahim menafikan dakwaan PN didominasi Bersatu.

Malah beliau menjelaskan situasi mereka lebih kurang sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mana setiap keputusan dibuat secara bersama.

BBerkaitan

Latest articles