Yang Mana Kona Baring Itu Kembalilah Sokong Presiden

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menguatkan kembali UMNO, semua pihak di dalam parti mestilah bersatu.

Malah desakan demi desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan juga perlu diinsafi setiap pemimpin yang berbuat demikian.

Gesaan itu dibuat oleh 130 ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara ekoran desakan pihak tertentu susulan kekalahan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, mereka berlapang dada terhadap ketelanjuran pemimpin terlibat selama ini.

“Jadi, saya harap sahabat-sahabat yang sudah kona baring itu kembalilah. Kita hanya menang 30 kerusi Parlimen tetapi ada sesetengah pihak mendesak Presiden UMNO letak jawatan.

“Kami juga mengingatkan kepada kebiadapan MCA, MIC dan PBRS yang menggesa Datuk Seri Presiden berundur sedangkan mereka bertanding di kerusi majoriti Melayu.

“Tetapi mereka tersilap (desak letak jawatan). Silalah kembali dan berlapang dada bersama kepimpinan parti,” katanya yang mewakili keseluruhan ketua-ketua bahagian UMNO pada sidang media di sini hari ini.

Hari ini, lebih 90 ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara menyatakan solidariti kepada Ahmad Zahid ekoran desakan terhadap beliau untuk meletakkan jawatan.

Mohd Shafie berkata, Ahmad Zahid mengingatkan agar seluruh pemimpin dan akar umbi UMNO untuk bersatu ekoran masalah melanda parti itu selepas PRU15.

“Itu pesanan beliau dalam pertemuan ketua-ketua bahagian UMNO sebentar tadi,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles