KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menempelak pemimpin-pemimpin PKR ean Bersatu yang sering menuduh UMNO sebagai parti yang rosak.
Sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya ‘lahir’ dari UMNO sebelum membentuk parti sendiri, bahkan hendak menjadi Perdana Menteri ke-10 semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.
”Buruk sangat ke UMNO. Baik sangat ke DAP dan Pas?,” sindirnya.
Walaupun PKR dan Bersatu mengatakan mereka suci, namun menurut Shabery, parti-parti ini belum boleh mencadangkan nama Perdana Menteri yang betul-betul suci dari DNA UMNO.
Harapan beliau, PKR mahupun Bersatu dapat melahirkan nama pemimpin baharu yang tidak pernah terpalit dengan UMNO.
Jadi beliau minta parti-parti berkenaan berpada-padalah dalam memburuk-burukkan UMNO.
“Kalau tak jumpa kilo, gunalah dacing,” sindir beliau.