Yang ‘Kahwin, Cerai’ Banyak Kali Dengan PAS Adalah DAP, Bukan MCA

KUANTAN: MCA hairan mengapa DAP dilihat cuba melaga-lagakan ia dengan masyarakat Cina apabila mengaitkan parti itu dengan PAS.

Pemimpin MCA yang juga Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, secara faktanya sebelum ini, DAP yang pernah memuji, ‘berkahwin’ dan kemudian bercerai dengan PAS.

”DAP wajar diingatkan mereka pernah “kahwin, cerai dan kahwin beberapa kali dengan PAS”.

“DAP juga pernah menjadikan ADUN PAS sebagai menteri besar di Perak pada 2008 walaupun mereka mempunyai jumlah wakil paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, selain mendapat ‘imbuhan’ di Kelantan.

“Dulu DAP peluk rapat Tok Guru PAS, memuja bulan dengan lagu The Moon Represents My Heartdan memberitahu pengundi Cina jangan takut pada PAS,” katanya.

Reaksi Lian Ker itu mengimbau kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang  pernah berkata ‘kalau kita tidak mencuri dan merompak, janganlah takut pada PAS.

Lantaran itu, beliau mempersoalkan mengapa sekarang DAP menyalak.

Kata Lian Ker, beliau terkejut apabila Ketua Pemuda DAP, Howard Lee mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar Cina bahawa MCA mengagung-agungkan PAS.

“Apa yang saya cakap tempoh hari ialah kita (MCA) akan bekerjasama dengan semua pihak yang menghormati perlembagaan dan nilai murni demi rakyat dan negara.

“Tapi Lee menggambarkan seperti MCA memuja PAS sebagai sebuah parti ekstremis, mengikut telunjuk PAS dan memberi PAS kuasa,” katanya.

Terdahulu Adun Pasir Pinji itu dilaporkan mengecam kenyataan dibuat Lian Ker yang mengatakan MCA boleh bekerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu menghormati perlembagaan apabila menyifatkan kenyataan Ti sebagai usaha mengagungkan sebuah parti ekstrem.

Lee mengatakan kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menunjukkan MCA bersedia untuk bergantung kepada PAS selagi mereka dapat berkuasa.

BBerkaitan

Latest articles