“Yang Buat Perangai Buruk Sorok Beras, Kamu Jaga!”

KUALA LUMPUR: Amaran tegas diberikan kepada mana-mana pihak yang mengaut keuntungan di kala kesempitan dengan menyorok bekalan beras putih tempatan (BPT).

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak berkenaan pasti ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan jika terbukti salah.

”Arahan jelas kepada pihak penguasa kalau kamu sorok, kamu jaga!

”Yang salah guna, sorok, simpan (beras). Saya maklumkan kepada saudara Mat Sabu, arahan jelas kepada badan penguat kuasa.

“Kalau ada yang berani buat perangai buruk dalam keadaan orang susah mencari beras, kamu sorok… kamu jaga.

“Kami akan cari kamu dan bawa ke mahkamah. Tengah orang susah kamu mahu cari untung,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani N36 PRK DUN Pelangai di Daran Pelangai malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang.

BBerkaitan

Latest articles