YA Wan Ahmad Farid Diumum Sebagai Ketua Hakim Yang Baharu

Kuala lumpur – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah hari ini mengumumkan pelantikan tiga tokoh utama kehakiman negara dengan YA Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, menjadikan beliau tonggak utama dalam pentadbiran keadilan negara.

Pelantikan ini diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Turut diumumkan adalah pelantikan penting ialaah YA Dato’ Abu Bakar bin Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan YA Dato’ Hajah Azizah binti Haji Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang yang akan bersara.

Majlis penyampaian watikah pelantikan serta istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijadualkan berlangsung pada 28 Julai 2025 di Istana Negara kata kenyataan itu lagi malam ini.

BBerkaitan

Latest articles