X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group.

Sebanyak empat varian ditawarkan dengan harga permulaan dari RM79,200 hingga RM103,300 dengan menyasarkan kepada pembeli untuk menaik taraf kereta pertama mereka.

Harga yang ditawarkan termasuk pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini.

Sehingga kini, lebih 20,000 unit kenderaan ini ditempah sejak ia dibuka pada 16 September lalu.

X50 menawarkan empat pilihan varian yang terdiri dari varian Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan enam warna iaitu Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ocean Blue, Citrus Orange dan Passion Red (hanya untuk varian Premium dan Flagship.

Manakala kombinasi warna dwitona dengan bumbung hitam (untuk varian Flagship sahaja).

Proton menawarkan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan beserta pakej standard seperti pakej data internet 4G 1GB/sebulan percuma selama lima tahun serta kadar faedah serendah 2.22 peratus setahun melalui syarikat pembiayaannya, Proton Commerce Sdn. Bhd.

Menariknya, 30,000 pelanggan awal sebelum 31 Disember depan berpeluang menerima kos upah percuma untuk tiga kali servis, selain tawaran Program Insurans Proton.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...