Wujud Pemimpin Dalam Amanah Yang Sokong Tun M, Kata Shaari

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib mengakui wujudkan pemimpin di dalam Amanah yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, sekaligus bertentangan dengan ketetapan parti itu di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk mendokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut meminta pihak luar untuk tidak mengecam tindakan ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang kini menyertai PKR, kerana itu merupakan sebahagian penyataannya untuk menyokong Presiden PKR itu.

Saari sebelum ini turut dikaitkan akan keluar Amanah dan menyertai Amanah bersama Adun Morib Hasnul Baharuddin, bagaimanapun kedua-duanya menafikan dakwaan berkenaan.

“Beberapa minggu lalu, ketika Fakhrulrazi bertemu saya untuk meminta pandangan dari saya, apakah wajar beliau menyertai PKR.

“Saya menjawab bahawa kesan daripada pimpinan Amanah terlalu ingin menonjolkan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad telah banyak menjejaskan sokongan ahli dan rakyat kepada Amanah.

“Saya percaya bahawa usaha untuk melipat gandakan imej Anwar sebagai perdana menteri yang mampu membawa perubahan yang bermakna kepada rakyat Malaysia akan menjadi realiti.

“Saya yakin jika Anwar Ibrahim dibantu parti-parti komponen PH ditambah lagi dengan usaha yang lebih mantap lagi dari parti sendiri, perkara ini akan dapat dicapai,” kata Saari memetik Malaysiakini.

Saari turut menggesa Fakhrulrazi bertemu dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu untuk menjelaskan sokongan itu, malah turut mencadangkan beliau menyertai PKR jika tekad dengan sokongan terhadap Anwar.

Amanah kini sedang berdepan dengan dilema sokongan antara Anwar atau Dr Mahathir, sehingga menyebabkan ahli-ahli parti keliru dengan pendirian yang dibuat bersama PH.

Meskipun ketetapan diambil untuk bersama PH dan menyokong Anwar sebagai perdana menteri, namun dikatakan ada di kalangan pemimpin parti cuba membuka ruang kerjasama dengan Dr Mahathir.

Situasi ini menyebabkan Fakhrulrazi dan Adun Sabak Ahmad Mustain Othman bertindak keluar parti dan memilih PKR sebagai parti baru.

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa pada September lalu turut dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Amanah dan menyertai PKR tetapi dia menafikan perkara itu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini