Wuhan Laporkan Kluster Baru Pertama Sejak Perintah Berkurung Ditamatkan

Wilayah yang menjadi asal usul kehadiran wabak koronavirus (Covid-19), Wuhan di China hari ini melaporkan kluster pertama jangkitan wabak itu selepas kira-kira sebulan perintah berkurung ditamatkan.

Laporan berkenaan mencetuskan kebimbangan bahawa penularan yang lebih besar akan berlaku di sana.

Jangkitan terbaru itu meletakkan satu perspektif baru ke atas langkah memberi kelonggaran ke atas larangan perintah berkurung di China ketika perniagaan sudah mula beroperasi semula dan orang ramai kembali bekerja.

Di Wuhan, lima kes baru dalam kluster berkenaan iaitu semuanya tinggal dalam satu kawasan kejiranan yang sama.

BACA JUGA : Malaysia Di Kedudukan Ke-4 Kaji Selidik Global Kepuasan Hati Rakyat Langkah Kerajaan Atasi Covid-19

Seorang daripada mereka ialah isteri kepada seorang pesakit lelaki berusia 89 tahun yang dsahkan positif sebelum ini, kes pertama di Wuhan sejak 3 April 2020.

Semua kes baru ini diklasifikasikan sebagai asymptomatic iaitu mereka yang diuji positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala seperti demam tetapi mampu menjangkiti orang lain.

Di China, jumlah sebenar kes asymptomatic Covid-19 tidak diketahui kerana mereka yang diketahui hanya selepas mereka menjalani ujian saringan swab ketika langkah pengesanan kontak dan pemeriksaan kesihatan.

Negara komunis itu tidak meletakkan kes asymptomatic sebagai sebahagian daripada jumlah kumulatif kes mereka yang kini pada 82,918 kes sehingga mereka menunjukkan gejala. Tanah Besar China merekodkan 4,633 kematian.

Pihak berkuasa kesihatan di Wuhan menyatakan bahawa ratusan pesakit asymtomatic di Wuhan telah discaj pada 8 April tetapi dipantau dengan rapi.

Jumaat lepas, kerajaan China memaklumkan akan membuka operasi perniagaan seperti pawagam, muzium dan kawasan rekreasi secara berperingkat dengan prosedur operasi standard baru yang ketat akan dilaksanakan.

Shanghai sudah pun membuka pusat hiburan malam mereka seperti disko, Taman Tema Disneyland Shanghai telah dibuka hari ini, bagaimanapun mereka menghadkan jumlah pelawat yang boleh masuk. – TRI

BBerkaitan

Latest articles