Wisma Putra Maklumkan Tiada Rakyat Malaysia Terkesan Serangan Di Qatar

QATAR: Kedutaan Besar Malaysia di Doha mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam letupan di Legtaifiya akibat serangan Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas.

Kedutaan bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.

“Mereka juga dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih yang dikeluarkan pihak berkuasa Qatar,” menurut kenyataan di laman rasmi Facebook kedutaan.

Katanya, kerajaan Qatar memberi jaminan keadaan kini terkawal sepenuhnya dan ruang udaranya tidak akan ditutup.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan melalui e-mel: [email protected] atau talian: +974 4483 6463 (waktu pejabat) dan +974 3374 6733 (selepas waktu pejabat).

Semalam, media melaporkan rejim Zionis melancarkan serangan ke atas bangunan kediaman pemimpin Hamas ketika perunding kumpulan itu membincangkan cadangan terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung gencatan senjata di Gaza dan pertukaran tahanan.

BBerkaitan

Latest articles