JAWI Selesai Siasat, Isu Zikir Pelik Di Kubur Diserah Kepada Pejabat Mufti

JA

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merujuk isu zikir pelik di sbeuah tapak perkuburana di Setapak seperti yang tular baru-baru ini kepada ejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan dari aspek hukum syarak.

Dalam pada itu JAWI memaklumkan pihaknya telah selesai melakukan siasatan berkaitan isu zikir berkenaan dengan mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris Allahyarham serta pelaku yang terlibat.

Pada 28 Disember lalu, tular satu rakaman video membabitkan satu kumpulan lelaki yang dipercayai sedang berzikir dalam keadaan pelik di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.

Penularan rakaman itu mengundang kebimbangan ramai pihak sehingga menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Pihak JAWI akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Pihak JAWI menasihati masyarakat Islam khususnya supaya tidak melakukan amalan-amalan yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

BBerkaitan

Latest articles