More

    WHO Ingatkan Bahawa Satu Daripada 10 Individu Berisiko Dijangkiti Covid-19

     

    Risiko setiap individu di dunia untuk dijangkiti Covid-19 tetap tinggi dan merisaukan apabila satu daripada 10 individu mungkin berisiko terhadap penyakit itu.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menerusi Pengarah Kecemasan, Micheal Ryan berkata peningkatan kes jangkitan kini terus dicatatkan di Asia Tenggara dan kes serta kematian juga melonjak di beberapa kawasan di Eropah dan wilayah Mediterania timur.

    “Anggaran kami sekarang adalah sekitar 10 peratus penduduk dunia mungkin dijangkiti virus ini.

    “Tahap jangkitan berbeza antara bandar dan luar bandar, berbeza antara kumpulan yang berlainan.

    “Tetapi pada hakikatnya, ini bermaksud sebahagian besar dunia tetap berisiko. Kami sekarang menuju masa yang sulit. Penyakit ini terus menular,” kata Ryan.

    Jumlah jangkitan Covid-19 sehingga kini dicatatkan adalah 35.5 juta di seluruh dunia dengan 1.04 juta kematiam.

    Namun, WHO kini menganggarkan sekitar 10 peratus daripada 7.8 bilion penduduk dunia sudah dijangkiti iaitu lebih 20 kali ganda jumlah rasmi sejak virus itu pertama kali muncul di China akhir tahun lalu.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini