Warisan persoal LHDN serbu wakil rakyatnya

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mempersoalkan kehadiran pihak berkuasa di kediaman wakil-wakil rakyat Sabah di sebalik ketidaktentuan senario politik ketika ini.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr. berkata, wakil rakyat Sabah daripada Warisan, UPKO, DAP dan PKR seolah-olah diberi ‘tekanan’ untuk melompat kepada pembangkang.

“Kami tidak boleh halang kalau orang mahu lompat itu hak mereka ini negara demokrasi tapi kalau orang kami sekarang setia dengan Ketua Menteri tidak mahu lompat tidak payahlah buat tekanan melalui pihak berkuasa.

“Kenapa sekarang ini semua berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Rabu lalu tiga wakil rakyat Warisan menerima ‘kunjungan’ daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kediaman mereka secara serentak.

Tiga wakil rakyat itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah; ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar dan seorang ADUN dari Tawau 

Masiung ketika disoal siasat Pegawai LHDN

Masiung seperti dilaporkan Borneo Today khamis lalu berkata, sembilan pegawai LHDN datang di rumahnya pada pukul 9 pagi.

Katanya, tiada sebarang dokumen dirampas, namun LHDN melakukan pemeriksaan di dalam kediamannya di Kota Kinabalu dan mengambil gambar.

Sebelum ini, Masiung telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berikutan kehadiran beberapa individu tidak dikenali di kediamannya.

Kesemua Adun diserbu merupakan bekas adun BN yang melompat parti kepada Warisan ketika pembentukan kerajaan pada 12 Mei 2018.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini