Warisan Hilang 1 ADUN, Dr Yusof Umum Bebas, Sokong Kerajaan GRS

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN), hari ini.

Yusof, yang juga Ketua Bahagian Warisan Sipitang bertindak sedemikian dengan menjadi ADUN Bebas dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Memetik kenyataan sumber terdekat, Yusof dimaklumkan akan mengumumkan penarikan dirinya daripada WARISAN secara rasmi pada minggu hadapan.

“Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum,” kata Mazlan, memetik secara Sinar Harian.

Ujar sumber itu lagi, Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.

“Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada.

“Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara,” katanya.

Selain Yusof, dipercayai beberapa ADUN yang lain daripada WARISAN akan mengambil langkah yang sama dan mengumumkan sokongan kepada Kerajaan GRS.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Yusof mewakili Warisan berjaya menewaskan lima calon lain dengan jumlah undi sebanyak 5,415.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini