More

    Warga Rohingya Lari Dari Pusat Kuarantin Covid-19

    Seorang lelaki dari etnik Rohingya dilaporkan menarikan diri daripada Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Tanjung Rambutan hari ini.

    Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Anuar Othman dengan berkata, Balai Polis Tanjung Rambutan menerima laporan berhubung suspek yang melarikan diri daripada pusat kuarantin terbabit pada jam pada jam kira-kira 10.40 pagi.

    Kehilangan lelaki bernama Rohim Mohd Zakaria disedari ketika petugas Kementerian Kesihatan membuat pemantauan kesihatan terhadap mereka yang dikuarantin di Blok e-2-83 pada jam 11 pagi ini.

    “Pihak KKM mendapati satu warganegara Rohingnya bernama Rohim Mohd Zokaria, 27, tiada di dalam bilik yang sudah dikhaskan.

    “Perwatakan Rohim berbadan tegap, anggaran berat lebih kurang 65 kilogram (kg), berambut hitam pendek lurus dengan anggaran ketinggian kira-kira 165 sentimeter (sm) hingga 168sm. Suspek tidak dipastikan pakaian kerana meninggalkan baju hospital berwarna biru,” katanya.

    Untuk rekod Rohim ditahan oleh anggota polis Muallim dan dimasukkan ke Hospital Slim River kerana mempunyai gejala COVID-19.

    “Hasil saringan di hospital menunjukkan suspek negatif dari jangkitan COVID-19 dan dihantar ILKKM untuk dikuarantin selama 14 hari pada jam 5 petang Sabtu lalu.

    “Suspek masih belum menjalani saringan awal dan didapati sudah tiada di tempat kuarantin,” katanya.

    Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 (Akta 342).

    Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pusat kuarantin menempatkan seramai 57 pesakit yang masih menunggu laporan ‘swap test’ tetapi tiada yang positif setakat ini.

    Anuar berkata, tiada butiran lanjut yang di simpan oleh pusat kuarantin ILKKM kerana suspek datang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya mengisikan nama dan nombor passport pada borang yang di sediakan di pusat berkenaan.

    “Hasil siasatan lanjut mendapati suspek bersama dua lagi rakan di tahan di sekatan jalan raya di KM 388.3 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara.

    “Suspek diberi jaminan polis kerana semasa tangkapan suspek mengadu sesak nafas dan menunjukkan gejala COVID-19,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini