Warga Emas Mengaku Tak Bersalah Lakukan Hubungan Seks Luar Tabii Dengan Kambing

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu menetapkan tarikh 24 Disember depan untuk sebutan semula kes seorang lelaki berusia 60 tahun yang dituduh melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina.

Terdahulu, tertuduh, Shaari Hasan, 60, mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas perbuatan tidak bermoral itu.

Warga emas itu membuat pengakuan berkenaan selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, Shaari didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lepas.

Kambing betina berkenaan dilaporkan mati akibat kejadian berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana ini adalah kes serius.

Bagaimanapun peguam tertuduh, Zolazrai Zolkapli memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya hidup sebatang kara.

Mahkamah bagaimanapun enggan membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Dis untuk serahan dokumen serta sebutan semula kes.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini