Warga Emas Maut Ditikam Anak Dipercayai Penagih

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas ditikam oleh anak lelaki dalam pergaduhan di kediaman mereka di Kampung Sungai Penchala, malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7 malam, dimana kedua-dua mangsa yang berusia 72 dan 82 tahun itu ditemui oleh saksi di ruang tamu rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah.

“Dalam pergaduhan itu, suspek yang dikatakan berang tiba-tiba mengambil senjata tajam sebelum menikam ibu bapanya mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di badan.

“Saksi yang menyedari kejadian itu segera menghubungi polis dan meminta bantuan kecemasan dengan kadar segera,” kata saksi.

Bagaimanapun, menurut beliau, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Katanya, polis berjaya menahan suspek yang disyaki penagih dadah di lokasi kejadian dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Allaudeen Abdul Majid yang mengesahkan insiden itu berkata, mayat mangsa dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan anak kandung kepada kedua-dua mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles