Warga Asing Di Pasar Borong KL Terus Digempur Hari Ini

Jabatan Imigresen Malaysia terus menggempur warga asing di negara ini dan hari ini operasi diadakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang.

Kawasan berkenaan dikatakan dikuasai oleh pekerja asing dari Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Operasi di sana bermula pada pukul 8.30 pagi selepas anggota Imigresen mengepung kawasan pasar besar berkenaan.

Petugas media yang ada di sana membuat liputan tidak dibenarkan berada di kawasan operasi untuk merakam video dan gambar.

Kira-kira jam 11 pagi, anggota Imigresen dilihat membawa keluar sebahagian besar warga asing dari pasar yang sudah diperiksa dan berkemungkinan mereka yang mempunyai pelbagai jenis kesalahan membabitkan Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

BACA JUGA : Tahniah Menteri Dalam Negeri, Dalang Seludup Masuk Rohingya Telah Ditangkap

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata operasi berkenaan diketuai oleh Imigresen dengan dibantu polis.

“Polis dan beberapa agensi lain membantu dari segi keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media.

Selain polis, operasi itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hingga jam 11.30 pagi tadi, operasi masih berjalan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Imigresen, setakat ini.

Operasi menggempur pendatang asing ini dilaksanakan ekoran ketidakpuasan hati rakyat dek kerana lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di ibu negara terutamanya di kawasan pasar borong berkenaan.

Ini tindakan yang amat cekap dan efisien oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas jumlah pendatang asing dilihat amat ramai di dalam negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah memberikan komitmennya bahawa sebarang tindakan membawa masuk PATI akan dikenakan tindakan tegas dan kerajaan akan memperketatkan kawalan sempadan di pintu masuk negara ini termasuk laluan tikus untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Hari ini saya nak bagi amaran pada tekong laut dan darat yang kita sedang giat kesan, kita akan ambil hukuman yang lebih berat ke atas mereka ini.

“Pada saya mereka adalah musuh negara kerana membenarkan warga asing masuk secara haram,” katanya sebelum ini. – TRI

BBerkaitan

Latest articles