Wanita Warga China Sudah Tinggalkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini memaklumkan wanita warganegaranChina yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah meninggalkan negara ini pada 4 Julai lalu.

Individu itu dilaporkan telah keluar dari negara ini menggunakan penerbangan Shenzhen Airline, ZH9030 pada jam 8.55 malam.

“Wanita itu dicatatkan keluar dari rekod Jabatan Imigresen,” katanya yang mengulas laporan sebuah media yang mendakwa wanita itu masih berada di dalam negara ini.

Laporan itu dibuat selepas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pada 5 Julai bahawa wanita tersebut sudah meninggalkan Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles