Wanita UMNO Johor Tetap Pilih Hasni Sebagai MB Jika Menang PRN

JOHOR BAHRU: Datuk Hasni Mohamad akan kekal sebagai Menteri Besar Johor jika UMNO menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan hadapan.

Pendirian itu ditegaskan Pergerakan Wanita UMNO hari ini, sambil berkata pemilihan Hasni juga menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah gabungn politik yang stabil.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim menambah bahawa ini juga menyerlahkan bahawa BN tidak mempunyai permasalahan dalam struktur organisasi.

“Datuk Hasni juga diyakini mampu menambat hati keseluruhan pengundi terutamanya golongan Undi 18 yang akan turun mengundi buat kali pertama dalam PRN Johor.

“Menerusi agenda dan dasar beliau sedia ada sebelum ini dapat diteruskan oleh Datuk Hasni dengan fokus utama menjurus ke arah pembangunan Johor menerusi segenap peringkat masayarakat Johor.

“Pengalaman beliau lengkap dengan pakej yang berkarisma menangani beberapa krisis termasuklah mengemudi kerajaan dengan tenang dan bijaksana.

“Walaupun hanya majoriti dua kerusi sehingga pembubaran DUN, ramai penganalisis percaya dan menyakini kewibawaan beliau mampu meraih sokongan majoriti rakyat ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles