Wanita Tular Bakar Motosikal Telah Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menahan wanita yang bertindak membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX seperti yang tular dalam satu rakaman video di Jalan Masjid Pokok Assam, Taiping, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, wanita berusia 40-an itu ditangkap selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki.

Berdasarkan semakan daripada video tular mendapati kejadian itu berlaku pukul 4.27 petang dan suspek dilihat menyimbah cecair yang dipercayai petrol ke atas motosikal atas milikan anaknya sebelum membakar kenderaan itu.

“Susulan itu, kita menahan suspek di pekarangan Balai Pokok Assam di sini pukul 7.30 malam hari yang sama dengan kejadian.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan suspek tidak puas hati dengan tindakan ejen penarik kenderaan yang mahu menarik motosikal tersebut berikutan mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama 20 bulan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pagi ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu satu rakaman video memaparkan seorang wanita bertindak menyimbah petrol sebelum membakar motosikal milik keluarganya susulan beberapa lelaki hadir untuk menarik kenderaan tersebut disebabkan gagal membayar tunggakkan ansuran.

BBerkaitan

Latest articles