Wanita Terjatuh Dari Tingkat 4 Selepas Bertengkar Dengan Suami

KUALA LUMPUR: Perbalahan di antara suami isteri mengundang padah apabila wanita itu terjatuh dari tingkat empat rumahnya di sebuah pangsapuri di Cheng, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, sisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 8 pagi itu, wanita berusia 35 tahun disedari terbaring di bawah pangsapuri itu oleh jirannya.

“Hasil siasatan awal mendapati, suri rumah itu terjatuh dari tingkat 4 rumahnya kira-kira jam 8 pagi semasa di berada di rumah bersama suaminya berusia 43 tahun.

“Rakaman percakapan suaminya yang bekerja sebagai kelindan lori mengakui telah berlaku pertengkaran mulut dengan isteri itu sebelum suri rumah terbabit dikatakan melompat dari balkoni rumah di tingkat empat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Christopher, pergaduhan dikatakan berlaku kira-kira jam 8 sebelum jirannya di tingkat paling bawah terdengar bunyi dentuman kuat dari luar rumah dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 atas kesalahan cubaan bunuh memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

BBerkaitan

Latest articles