KUALA LUMPUR: Akibat ‘tangan’ pakar kecantikan tidak bertauliah, seorang wanita meninggal dunia selepas empat hari menjalani suntikan membesarkan payudara di sebuah rumah dua tingkat di Skudai, di sini.
Mangsa merupakan ibu kepada dua anak dikenali sebagai Chen, meninggal dunia pada pagi Rabu minggu lalu.
Suami mangsa dikenali sebagai Wong, 35, berkata, mangsa, 29, dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada suntikan pembesaran payu dara asid hyaluronik.
Difahamkan, pada mulanya mangsa merancang untuk menjalani pembedahan ‘menarik benang’ muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang.
Namun ‘pakar kecantikan’ itu memujuk isterinya untuk menjalani prosedur suntikan pembesaran payudara.
Huang mendakwa selepas melakukan pembedahan itu, isterinya mengalami sakit dada. Ketika isterinya cuba membayar perkhidmatan itu, jurusolek itu dilaporkan enggan menerima bayaran tersebut.
“Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Ditemani seorang rakan, dia pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.
“Sekitar pukul 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
“Isteri kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas melaporkan bahawa dia tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada pukul 7 pagi,” katanya.
Upacara pengebumian dan pembakaran mayat dilakukan pada, kelmarin di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru.