Wanita Malaysia Gemar Memakai Baju Dalam Berwarna Hitam Dan Ikut Warna Kulit

Tahukah anda? Kebanyakan wanita di negara Malaysia lebih suka memilih pakaian dalam atau coli mengikut warna kulit atau hitam kerana ia lebih seksi manakala bagi wanita muda, mereka lebih suka memilih coli berwarna lebih lembut seperti merah jambu.

Pemilik Kilang Nyok Lan Gaments, Fong Seow Kai Chuan yang mengeluarkan pakaian dalam jenama Malaysia Modernform International berkata bagi wanita dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun pula, mereka lebih gemar pakaian dalam berwarna mengikut warna kulit atau warna hitam.

“Bagi wanita di luar negara di negara barat, mereka suka warna putih… Dalam pesanan yang kilang kami terima dari luar negara, warna asas mereka ialah putih.. Putih dan hitam, manakala bagi warna kulit tidak banyak pesanan dari luar negara.

BACA JUGA – Wanita Gesa Tindakan Segera Isu Ubah Suai Lambang Jata Negara 

“Kita Malaysia, permintaan majoriti yang diterima ialah 50 peratus ialah warna mengikut warna kulit,” katanya kepada The Rakyat Insight (TRI), baru-baru ini.

Sabtu lepas, TRI mendapat akses eksklusif ke dalam kilang baju dalam wanita berkenaan yang terletak di Teluk Intan, Perak melihat sendiri bagaimana proses membuat coli dijalankan bermula dari proses menghasilkan acuan sehingga siapnya sehelai baju dalam.

Seorang pekerja di kilang Nyok Lan Garments, Cheong Woke Foong, 72 tahun, yang sudah 13 tahun bekerja di kilang berkenaan.

Kilang berkenaan yang dimiliki oleh keluarga Fong yang diasaskan oleh ibunya, Fong Nyok Lutan turut mengeluarkan perabot, baju-t, seluar dalam serta kini turut menyediakan topeng penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Menurut Fong, jualan baju dalam turut mengikut musim dan hari perayaan kerana jika Tahun Baru Cina atau sambutan Krismas, warna merah juga menjadi pilihan ramai.

Beliau berkata kilang jenama Modernform mempunyai kapasiti 13,000 dozen sebulan untuk baju dalam, baju tidur.

“Untuk kategori seluar dalam dan kategori pakaian gerdel kilang kami memiliki kapasiti untuk mengeluarkan 15,000 dozen sebulan,” katanya.

Fong berkata kilangnya turut membekalkan baju dalam untuk pasaran luar negara seperti Perancis, Belgium, Australia, Jepun, Turki dan Amerika Syarikat.

Acuan untuk membuat baju dalam untuk setiap saiz yang diperbuat dari besi. Untuk menghasilkannya, setiap satu berharga lebih RM3,000.

Untuk jenama Modernform International, selain Malaysia ia dipasarkan hanya ke Singapura dan Indonesia.

“Jenama Modernform International boleh didapati di semua pasar raya di negara ini yang menjual aksesori berkaitan pakaian,” katanya.

Kilang berkenaan sudah pun diasaskan oleh ibu Fong sejak tahun 60-an lagi di Teluk Intan.

BBerkaitan

Latest articles