Wanita Indonesia Dibunuh Lelaki Bangladesh Di Hotel Bajet Kerana Cemburu

KUALA LUMPUR: Kematian seorang wanita warga Indonesia di sebuah bilik hotel bajet di Puchong, baru-baru ini berpunca dari perasaan cemburu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek utama berusia 23 tahun yang juga buruh binaan warga Bangladeh ditangkap di Presint 20, Putrajaya pada jam 4.30 petang, semalam.

Tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

“Kita telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.15 malam pada Selasa lalu dari seorang lelaki tempatan mengeai penemuaan wanita warga asing dipercayai tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Mangsa disyaki dibunuh di sebuah hotel di Puchong dan pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa adalah wanita Indonesia berusia 39 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan siasatan, suspek dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain.

Suspek telah direman sehingga Jumaat ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes masih diteruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan dimana-mana balai polis berhampira,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles