TAIPING — Seorang wanita berusia 40-an ditahan polis selepas video memaparkan dirinya membakar motosikal di Jalan Masjid, Pokok Assam, menjadi tular di media sosial semalam.
Siasatan mendapati, tindakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila motosikal tersebut hendak ditarik oleh seorang penarik kenderaan.
BACA LAPORAN AWAL KAMI SEMALAM DI SINI
Difahamkan, motosikal berwarna hitam jenis Honda RSX itu telah tertunggak bayaran bulanan selama lebih 20 bulan dan dibeli atas nama anak wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian tersebut bertindak menahan suspek pada jam 7.30 malam.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Susek kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut, dan permohonan reman dijangka dilakukan pagi ini. – Harian metro