Wanita Direman Tiga Hari Selepas Cuba Serang Sultan Perak

IPOH: Seorang wanita tempatan direman tiga hari selepas cuba menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan peringkat negeri, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata perintah reman sehingga Rabu itu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab, pagi tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, suspek berusia 41 tahun tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 10.15 pagi dengan diiringi anggota polis.

Wanita itu, yang difahamkan mempunyai rekod rawatan psikiatri, bertindak naik ke pentas utama melalui bahagian tepi ketika lagu kebesaran negeri Perak sedang berkumandang.

Bagaimanapun, tindakannya berjaya dihalang oleh anggota keselamatan yang bertugas sebelum ditahan serta-merta.

BBerkaitan

Latest articles