Wanita BN Yakin 10 Calonnya Boleh Menang Dalam PRN Johor

KOTA TINGGI: Kesemua 10 calon wanita Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini diyakini boleh menang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad juga melahirkan keyakinannya bahawa calon-calon Wanita tersebut dapat memberi perkhidmatan terbaik untuk membela nasib rakyat.

Noraini yang juga Ketua Wanita Pergerakan BN menambah, setakat ini kesemua calon itu memberi fokus terbaik dalam menjalankan kempen di kawasan masing-masing.

”Mengikut kepada pelan kempen, kita mahu calon-calon berjumpa seramai mungkin pengundi setempat untuk meluaskan lagi peluang untuk menang.

“Lebih ramai pengundi yang mereka temui, peluang untuk menang lebih cerah,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke kawasan Rumah Rakit Orang Asli FELCRA Sungai Layau, Kota Tinggi.

Mengulas lanjut, Noraini menghargai kepercayaan kepimpinan parti BN, bahagian pusat dan negeri kerana terhadap golongan wanita untuk menjadi calon mewakili parti tersebut dalam PRN Johor.

Katanya, keputusan BN mewakilkan 10 calon wanita dalam PRN Johor kali ini menepati kehendak Wanita BN selepas perkara itu diusulkan.

BBerkaitan

Latest articles