Wanita Berpakaian Anime “Kurumi Tokisaki” Ditemui Maut Jatuh Kondominium

BAYAN LEPAS: Seorang wanita berpakaian kostum anime menyerupai karakter popular Kurumi Tokisaki dari siri Date A Live ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap sebuah kondominium, malam tadi.

Mangsa yang dilihat berambut perang kemerahan itu dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sempurna di kawasan parkir aras bawah kira-kira jam 9.20 malam.

Beberapa penduduk mendakwa kejadian disedari selepas terdengar dentuman kuat seolah-olah sesuatu objek berat jatuh dari tempat tinggi.

“Kami sangka gempa bumi kerana gegarannya terasa kuat, seperti 10 tong gas jatuh serentak. Bila ke lokasi, kami terkejut lihat seorang wanita sudah terbaring,” kata seorang penghuni.

Penduduk turut mendedahkan wanita itu sering dilihat mengenakan cosplay lengkap, membawa anak patung, dan duduk berdekatan lobi lif kediaman berkenaan.

Malah, kali terakhir mangsa dilihat bersama seorang wanita dipercayai ibunya, yang juga berpakaian kostum anime berbeza, pada petang semalam.

“Ibu mangsa pun suka berpakaian anime. Mereka memang tinggal di sini, tapi kami tak pasti di tingkat berapa,” kata seorang lagi penduduk.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang sekitar jam 12.30 tengah malam untuk proses bedah siasat.

BBerkaitan

Latest articles