Cawangan Inspektorat dan Undang-undang Jabatan Kesihatan Perak memaklumkan wanita berusia 72 tahun yang dilihat keluar makan di restoran dengan masih memakai gelang bewarna merah jambu Covid-19, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.
Pemilik Restoran Nasi Kandar Punca Kluster Sivagangga Kena Penjara 5 Bulan, Denda RM12,000
Dia akan didakwa Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.
Wanita itu bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Gambar memaparkan wanita itu sedang makan di sebuah restoran di Ipoh tular di media sosial dan mengundnag kecaman ramai pihak kerana ingkar dengan arahan kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dia dilaporkan baru pulang dari luar negara pada 4 Julai lalu.
Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman oenjara selama lima bulan dan denda terhadap pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga.