Wang Dilepas Mahkamah Untuk Bayar Hutang Umno – Ku Nan

Dana Umno berjumlah RM192 juta yang dilepaskan mahkamah pada 7 Februari lalu digunakan untuk melangsaikan bayaran dan hutang tertunggak parti kepada beberapa pihak termasuk kesemua vendor yang pernah berurusan dan gaji kakitangan parti.

Menurut Bendahari Agung Umno, peruntukan itu digunakan selepas mahkamah bersetuju dan membuat keputusan bahawa wang itu bukan dari hasil 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau memaklumkan kesemua hutang parti bernilai lebih dari RM59 juta.

“Apa yang kita hutang, kita akan bayarlah kerana kita minta balik duit itu kerana kita mempunyai hutang-hutang, jadi perlu dilunaskan.

“Kita sebuah parti yang mempunyai struktur dan kita mempunyai banyak program untuk dilaksanakan.

“Selama ini kami terpaksa menggunakan pembiayaan apabila wang parti dibekukan dalam siasatan 1MDB serta dibicara di mahkamah. Kita terpaksa mencari sumber-sumber lain untuk membantu kelangsungan parti,” katanya ketika ditanya pemberita selepas program Merdeka Community Bonding Semarakkan Patriotik Dalam Norma Baharu di Persint 14 anjuran Komuniti Penjawat Awam pagi ini.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada 7 Februari lalu memutuskan bahawa wang bernilai RM192 juta itu bukan daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan 1MDB.

Selaras dengan keputusan itu maka mahkamah meminta semua akaun berkenaan dilepaskan dan diserahkan kepada mereka yang terlibat, iaitu Umno, Wanita MCA dan dua syarikat iaitu Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini