Wan Saiful ‘Ketua Penggelap’, Kata Mohd Puad

JOHOR BAHRU: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Mohd Puad Zakarshi menyifatkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua penggelapan kerana suka melaga-lagakan perkara yang tidak wujud.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga membidas Wan Saiful yang masih membuat kenyataan yang tidak berasas mengaitkan dirinya melobi jawatan Menteri Besar (MB) Johor.

“Saya katakan dia ketua penggelapan kerana Datuk Hasni Mohammad sudah diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO, diputuskan oleh parti, yang mana saya sendiri sebagai ahli MKT bersetuju Hasni adalah ‘poster boy‘ dan dia jugalah calon Menteri Besar (MB) Johor.

“Langsung tidak timbul soal saya melobi. Malah saya awal-awal lagi sudah memberitahu kepada Presiden UMNO, insya Allah jika saya menang, saya tak nak jawatan dalam mahupun dalam Exco.

“Jadi, di peringkat mana yang dia kata saya melobi jawatan MB? Sebab itu, Wan Saiful saya katakan dia ketua penggelapan,” tegasnya.

Secara sinis, Puad berkata, walaupun seseorang individu mempunyai latar belakang pendidikan tinggi tetapi jika suka membuat tuduhan seperti yang dilakukan oleh Bersatu, bermakna parti tersebut menuju ke arah kegelapan.

BBerkaitan

Latest articles