Wan Rosdy: Penyatuan Rumah Bangsa Usaha Satukan Melayu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bukan ditujukan sebagai amaran kepada rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, katanya, idea yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu bertujuan menyatukan bangsa secara menyeluruh, khususnya orang Melayu.

“Presiden tak pernah sebut itu satu amaran. Ia lebih kepada cadangan cara terbaik untuk menyatukan bangsa. UMNO ini rumah terbuka, rumah bangsa terbuka,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, inisiatif itu wajar dilihat sebagai strategi memperkukuh UMNO dan bukan usaha memecah atau mengugut mana-mana pihak.

Sebelum ini, Zahid menyatakan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa lebih sesuai berbanding konsep ‘payung besar’ yang didakwa gagal kerana tidak berpaut kepada rumah asal, iaitu UMNO.

BBerkaitan

Latest articles