Wan Fayhsal ‘Buat Kerja Tak Pakai Akal’

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengkritik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang disifatkan Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu perlu bertanggungjawab kerana melantik individu yang ‘salah’ menjadi ikon permotoran negara.

Muqharabbin menegaskan ikon yang diangkat itu mendatangkan masalah dan memberi impak tidak baik kepada anak muda.

Ini berikutan perkembangan terbaru membabitkan ikon itu yang melanggar kesalahan jalan raya.

Menerusi kenyataan medianya, Muqharabbin menyatakan ramai lagi individu yang wajar diangkat sebagai ikon permotoran negara seperti Hafiz Syahrin, Syarifuddin Azman atau Damok dan belia-belia lain yang membawa imej baik buat masyarakat.

”Ini, tanpa usul dan kajian, dengan hanya melihat TikTok sahaja, terus lantik jadi ikon. Nampak sangat, buat kerja tak pakai akal.

”Akhirnya yang mendapat cemuhan kerajaan hari ini kerana ada menteri dan timbalan menteri yang tidak buat kerja dengan betul,” katanya.

Muqharabbin berharap agar pada masa depan, ikon-ikon yang ingin dipilih biarlah ada badan yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian.

Baru-baru ini Ikon Permotoran, Haqiem Stopa yang didakwa bersalah memandu kereta tanpa lesen.

Salinan saman Hakim tular di media sosial.

Haqiem didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Jalan Raja Laut, kelmarin.

Susulan tindakan yang dikenakan, warga maya bukan sahaja mengecam Haqiem, sebaliknya turut mempersoalkan teladan yang ditunjukkan oleh ikon tersebut.

BBerkaitan

Latest articles