Walaupun kedudukan terbaik, jangan sesekali alpa – PM

KUALA LUMPUR – Tahniah Keluarga Malaysia! Ianya adalah hasil dari kerja keras dan semangat penyatuan setiap ahli Keluarga Malaysia dalam menempuhi pandemik COVID-19 ini bersama 💪🏻 Alhamdulillah,” kata perdana menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kenyataan itu selepas Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia.

Ia adalah kedudukan yang tertinggi bagi negara ASEAN dan tangga ke-13 daripada 122 negara atau wilayah.

Indeks pencapaian ini mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk wira-wira kita iaitu #frontliners yang bertungkus lumus memelihara rakyat dan negara daripada ancaman wabak Covid-19 ini,” tambahnya.

Menurut beliau, walaupun Malaysia mencapai indeks terbaik, namun rakyat diingatkan jangan sesekali alpa, sebaliknya terus menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita.

”Ya, kita berada dalam tempoh pemulihan negara daripada musuh dunia ini iaitu Covid-19. Pelbagai cabaran dan dugaan sudah kita tempuhi, namun semangat sebagai sebuah Keluarga perlu senantiasa utuh demi mencapai kemakmuran bersama,” ujarnya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini