Walau Tak Ramai Dilantik, PAS Dakwa DAP Ada Manfaat Tersembunyi

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendakwa DAP memperolehi pelbagai manfaat walaupun tidak ramai Ahli Parlimennya dipilij untuk memegang jawatan dalam kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jawatan yang dipegang dalam Kabinet tidak penting, sebaliknya manfaat yang diperolehi wakil rakyat DAP.

“Yang penting, DAP mendapat manfaat yang banyak,” kata beliau selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai jumlah kecil keanggotaan wakil rakyat DAP dalam Kabinet sedangkan parti itu memenangi lebih banyak kerusi daripada parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Latest articles

Related articles

spot_img