Walau Kalah, Prinsip Setia Ismail Sabri Pada Parti Tetap Utuh

Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 minggu lalu benar-benar menguji perjuangan parti Melayu itu.

Bermula juga episod jual-beli orang BN demi membantu satu pihak membentuk sebuah kerajaan, memandangkan tiada satu pun gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara pemimpin UMNO yang turut dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kononnya bekas Perdana Menteri itu antara yang berpaling tadaglh.

Hakikatnya Naib Presiden UMNO itu tidak pernah sekali pun mengenepikan ketetapan parti dan juga titah Yang di-Pertuan Agong bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Ketetapan parti sebulat suara telah memutuskan untuk menjunjung titah YDPA dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN.

Pendirian ini jugalah yang setia dipatuhi Ismail Sabri.

Ini tidak lain, tohmahan terhadap Ahli Parlimen Bera itu sekadar modal pihak sebelah sana untuk melemahkan keteguhan BN atau mungkin sengaja menyuntik sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat.

Menyentuh tentang perjumpaan beberapa pimpinan UMNO dan BN, termasuk Ismail Sabri terhadap pemimpin PN, perjumpaan tersebut adalah sekadar menghormati pelawaan PN bagi membincangkan pembentukan kerajaan.

Menghormati pelawaan tidakpun bermakna mengenepikan pendirian beliau sebagai seorang pemimpin utama UMNO dan BN.

Betapa perjumpaan tersebut tidak menggugat pendirian BN apabila kenyataan media yang dikeluarkan secara rasmi telah jelas menafikan kerjasama semua ahli parlimen BN dengan PN.

Yang pasti, baik Muhyiddin, dan pemimpin PN secara keseluruhannya telah tersilap mengatur langkah.

Mungkin pada mereka pemimpin UMNO dan BN ini masih ‘hadap’ jawatan dan kuasa selepas kekalahan PRU15, sepertimana PN.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri pun, Ismail Sabri pernah sekali pun mengikut telunjuk PN dalam pentadbiran beliau sebelum ini, walaupun Muhyiddin dan PN mendesak dengan tuntutan jawatan TPM.

Ismail Sabri tegas bahawa tiada keperluan lantikan TPM ketika itu.

Ketika itulah PN memulakan langkah mengecam dan berusaha menjatuhkan kepimpinan Ismail Sabri.

Buatlah apa sahaja pun, rakyat hari ini lebih bijak menilai realiti sebenar, apatah lagi dengan nikmat kestabilan politik dan ekonomi berjaya dikecapi biarpun berdepan dalam keadaan sukar.

Ismail Sabri sangat berlapang dada menerima kekalahan BN dalam PRU15. Cukuplah berpolitik, sudah tiba masanya untuk kita bersatu memajukan negara.

BBerkaitan

Latest articles