More

    Vui Keong Masih Di ICU, Tak Sedarkan Diri

     

    Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Jaujan Sambakong memaklumkan Pengerusinya, Datuk Liew Vui Keong masih tidka sedarkan diri dan kini mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

    Ahli Parlimen Batu Sapi itu dilaporkan kritikal akibat radang paru-paru.

    “Pada awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beliau masih sihat. Namun, di akhir kempen beliau dilaporkan tidak sihat.

    “Setakat ini, pelawat belum dibenarkan menziarahi beliau. Semalam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ingin melawat beliau, tapi belum dibenarkan,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

    Vui Keong yang juga bekas menteri undang-undang ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) merupakan pengarah jentera raya PRN Sabah yang berlangsung Sabtu lalu.

    Latest articles

    Related articles

    spot_img