VTL, Penyelidikan Vaksin COVID-19 Antara Intipati Perbincangan Malaysia-Brunei

 

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan lawatan rasmi pertamanya selama dua hari ke Brunei telah berlangsung dengan positif dan baik.

Malah banyak perkara yang dibincangkan dengan Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei ketika sesi mengadap hari ini.

“Saya telah berbincang antaranya inisiatif mewujudkan skim Vaccinated Travel Lane (VTL) udara dan darat bagi pergerakan rentas sempadan antara Malaysia dan Brunei Darussalam melibatkan rakyat kedua-dua negara.

“Ini termasuk pelaksanaan empat penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur-Bandar Seri Begawan, untuk diteliti oleh kementerian-kementerian yang berkaitan manakala VTL Darat pula masih dalam pertimbangan kedua-dua pihak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengiktiraf MySejahtera dan BruHealth dalam usaha memudahkan integrasi sistem dan penggunaannya untuk melancarkan pergerakan rentas sempadan.

Malaysia dan Brunei juga bersetuju untuk menyegerakan Mesyuarat Persempadanan dan memuktamadkan MoU yang dimuktamadkan selain pelaksanaan Fasa 2 Lebuh Raya Trans-Borneo.

Sementara itu, Ismail berkata, Malaysia turut mempelawa Brunei untuk terlibat dalam pembangunan dan penyelidikan vaksin Covid-19.

Dalam mencapai hasrat itu, Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Malaysia bersedia bekerjasama dengan pakar-pakar Universiti Brunei Darussalam dalam penyelidikan “Antibody Response to COVID-19 Vaccines”.

Perkara lain yang turut disuarakan dalam pertemuan berkenaan adalah isu berkaitan Myanmar dan juga Laut China Selatan.

BBerkaitan

Latest articles