Virus Wuhan dijangka jejas ekonomi S’pura: Chan Chun Sing

Singapura sudah membuat perancangan awal bagi menghadapi kemungkinan kejatuhan ekonomi akibat wabak Coronavirus.

Mereka sudah bersiap sedia membantu perniagaan yang dijangka terjejas terus terutama sektor pelancongan, f&b dan sebagainya.

Apa perancangan kerajaan Malaysia yang di tadbir oleh kerajaan lawak Pakatan Harapan? Rasanya tidak ada kerana menteri ekonominya adalah satu-satunya menteri didalam dunia yang mengatakan ekonomi negara tidak akan terjejas atau memang tidak terjejas apa-apa kerana ekonomi memang sudah ke lantai.

………
Virus Wuhan dijangka jejas ekonomi S’pura

SINGAPURA: Penularan virus korona Wuhan akan menjejas ekonomi Singapura, dengan sektor berkaitan pelancongan menjadi “keprihatinan segera”, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Chan Chun Sing hari ini (27 Jan).

“Daripada perspektif MTI, kami pasti menjangkakan kesan terhadap ekonomi, perniagaan dan keyakinan pelanggan tahun ini, terutama sekali memandangkan situasi itu dijangka berterusan selama beberapa tempoh,” kata Encik Chan dalam sidang media pelbagai agensi.

Sektor-sektor berkaitan pelancongan, termasuk agensi-agensi pelancongan, industri pelayanan, makanan dan minuman (F&B), runcit dan pengangkutan adalah “keprihatinan segera”, tambah Encik Chan.

Namun, dengan episod sebelum ini seperti wabak SARS pada 2003, langkah-langkah sokongan akan disediakan bagi membantu perniagaan dan perusahaan, katanya.

Ini termasuk mengurangkan kos perniagaan, mengurangkan beban aliran tunai serta mengekalkan pekerja, kata Encik Chan.

“Saya ingin memberi jaminan kepada penduduk Singapura bahawa Pemerintah mempunyai upaya dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan Dewan Persatuan dan Perdagangan (TAC), gerakan buruh kami iaitu NTUC bagi memastikan kami mempunyai langkah sokongan untuk perusahaan dan para pekerja,” menurut Encik Chan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) turut bekerjasama dengan TAC bagi menguruskan kesan dan menilai bantuan yang diperlukan, jelas Encik Chan.

“Keutamaan kami sekarang adalah untuk bekerja rapat dengan MOM can NTUC bagi mengurangkan kesannya dan memberi sokongan kepada para pekerja yang terjejas demi mengekalkan pekerjaan mereka,” beliau menambah.

Menurut Encik Chan: “Pada waktu ini, saya juga ingin menggalakkan perusahaan kami untuk mengemas kini rancangan kesinambungan perniagaan, jika mereka belum berbuat demikian.

“Untuk jangka panjang, kami akan meneruskan rancangan kepelbagaian pasaran dan industri bagi mengukuhkan daya bingkas kami sebagai sebuah sistem ekonomi.”

Singapura sejauh ini mengesahkan empat kes jangkitan virus korona Wuhan, dengan yang keempat diumumkan pada pagi Ahad (26 Jan).

Kes pertama virus korona baru di Singapura disahkan pada Khamis (23 Jan) manakala dua lagi kes disahkan pada Jumaat (24 Jan).

Daripada 92 kes disyaki, 46 diuji negatif bagi virus korona baru itu yang berasal daripada Wuhan, China.

Ujian pemeriksaan untuk 42 kes lagi masih belum diumumkan.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan terdapat tiada kes baru jangkitan virus Wuhan yang disahkan di Singapura setakat petang Ahad.

– CNA/HA/ha

Sumber:
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/virus-wuhan-dijangka-jejas-ekonomi-s-pura-chan-chun-sing/4394388.html

BBerkaitan

Latest articles