Video Tular : Khairul Amin Mohon Penilaian Adil Susulan Penamatan Resipi KA Oleh Seorang Individu

KUALA LUMPUR — Pempengaruh masakan terkenal, Khairul Amin tampil membuat penjelasan kepada media susulan penamatan seorang individu berhubung resepi yang dikongsi beliau dan menyeru orang ramai agar menilai situasi secara adil daripada kedua-dua pihak.

Dalam video yang dimuatnaik awal pagi ketika waktu sahur, sebelum itu turut memohon jurugambar menghentikan penggunaan lampu kilat kerana faktor kesihatan serta memohon maaf kepada wakil media yang hadir.

Menurut Khairul Amin, sidang penjelasan itu diadakan selepas pihak terlibat sebelum ini mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan atas alasan keletihan dan tekanan. Bagaimanapun, beliau berpendapat isu sebenar berkait rapat dengan komitmen

Beliau mendakwa telah menghasilkan sehingga tiga video sehari, termasuk ada kalanya tidak tidur malam bagi menyiapkan kandungan, namun merasakan usaha tersebut tidak mendapat pulangan katanya.

Sebelum itu, turut tular video seorang Wanita yang memuat naik satu hantara video, yang mengumumkan bahawa beliau dan resepi KA sudah tiada apa-apa, dan seolah tidak mahu mencuba resepi-resepi yang dikongsikan oleh KA di Bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, menyentuh perkara yang sama  Khairul Amin berkata keputusan menamatkan kerjasama secara tiba-tiba memberi kesan kepada pengurusan kandungan serta pelbagai tanggungan yang perlu diuruskan, termasuk beberapa insiden percubaan memasak yang tidak menjadi.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak terlibat tidak menuding jari secara sepihak dan meminta netizen mendengar penjelasan kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan.

Beliau turut memaklumkan tidak akan membuka sesi soal jawab bersama media bagi mengelakkan salah tafsir dalam laporan yang diterbitkan.

PSTT : kandungan santai sahaja, dengan soalan.. korang cuba resepi apa hari ini ?

 

BBerkaitan

Latest articles