Video Persenda OKU Kembali Tular, Calon Muda Tarik Diri

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Iswan Ishak menarik diri.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan media Jawatankuasa Pilihan Raya MUDA.

Iswan, sebelum ini dikenali sebagai Ikon Belia Madani Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pilihan Raya MUDA memaklumkan Iswan membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab peribadi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara Iswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata kenyataan itu.

Dengan penarikan diri Iswan itu, MUDA kini hanya mempunyai seorang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan iaitu Ahmad Qusyairi Abdull Rahim yang bakal bertanding di kerusi DUN Temiang.

Parti itu juga tidak menyatakan sama ada calon lain untuk menggantikan Iswan.

Pencalonan Iswan sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila rakaman video beliau yang dikatakan mempersendakan orang kurang upaya (OKU) kembali tular.

BBerkaitan

Latest articles