[Video] Patutlah Surah Al-Kahfi sangat digalakkan dibaca pada hari Jumaat!

Patutlah Surah Al Kahfi sangat digalakkan dibaca pada Hari Jumaat. Sebab ganjaran dan kelebihan membaca surah ini sangatlah besar dan istimewa bagi sesiapa yang dapat menghabiskannya sebelum berakhirnya hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi juga disebut Ashabul Kahf.Surah ini memiliki 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Ia merupakan surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di Kota Makkah. Surah ini sangat digalakkan dibaca mulai selepas Asar hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.

Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:

1. Terhindar dari Fitnah Dajjal

Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” 
(HR Muslim)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.”
(HR Muslim)

2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat

Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” 
(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq(Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

4. Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan

Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.

Tip Mudah Habiskan Bacaan Surah Al-Kahfi:

Namun sedia maklum, Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.Pasti rasa agak ‘berat’ untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus. Betul tak?

Antara tip & cara mudah untuk lengkapkan bacaan Surah Al Kahfi ini adalah dengan membahagikan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi.Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja. Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat. Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat.

 

BBerkaitan

Latest articles