More

    (VIDEO) Lebuhraya Pan Borneo Gagal Kerana Warisan, Ikuti Pendedahan Ini

    Antara inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu bagi rakyat Sabah dan Sarawak adalah dengan mewujudkan Lebuh Raya Pan Borneo untuk memudahkan dan menjimatkan masa perjalanan.

    Lebuhraya Pan Borneo dirancang sejauh 1,236 kilometer dan menjadi nadi penting penggerak ekonomi negeri itu.

    Bagaimanapun projek untuk manfaat rakyat itu seperti sengaja dilambat-lambatkan oleh kerajaan Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Menerusi satu video yang dirakamkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mendedahkan pembinaan jajaran lebuh raya itu, seperti di Kimanis, tergendala dengan tiada kerja-kerja dilakukan di kawasan itu.

    “Apa yang kita lihat masih lagi tidak ada jentolak. Ini semua status semasa kerajaan BN.

    “Kerajaan Sabah di bawah Pakatan Harapan (PH) sengaja melambatkan projek ini dengan sebab menimbulkan kemarahan rakyat yang seperti dimaklumkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, apabila projek lambat siap kesalahan dapat diletakkan kepada BN,” katanya.

    Razlan turut menunjukkan kawasan tanah merah yang telah dikhaskan untuk jajaran lebuh raya itu namun tiada kerja-kerja untuk meneruskan pembinaannya.

    Umno, menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis telah menjelaskan kepada rakyat berkenaan tujuan kerajaan Warisan itu yang sepertinya sengaja melewatkan persiapan lebuh raya Pan Borneo.

    Sehubungan itu, Razlan mengajak pengundi Sabah untuk memilih calon-calon dari Perikatan Nasional (PN) dan BN supaya segala projek yang bertujuan untuk manfaat rakyat dapat diteruskan.

    “Jadi inilah masanya untuk kita tukar balik kepada BN. Kita betul-betul mahu mewujudkan kerajaan stabil dan boleh memberi rakyat Sabah keuntungan dari segi pembangunan,” gesanya lagi.

    PRN Sabah akan berlangsung pada 26 September depan, dengan hari penamaan calon berlangsung pada hari ini.

     

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini